5 Perkara Yang Harus Anda Tahu Tentang Rawatan Kesuburan di Malaysia

Penantian seorang cahaya mata bukanlah sesuatu perkara yang mudah bagi pasangan yang sudah berkahwin, terutamanya bagi pasangan yang telah mencuba untuk menimang cahaya mata. Setelah sekian lama menunggu, tentu ramai akan resah untuk mencari klinik rawatan kesuburan yang terbaik di Malaysia bagi meningkatkan harapan untuk hamil.

klinik kesuburan

1. Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Rawatan IVF?

Rawatan IVF bermaksud in-vitro fertilization, dimana ia merupakan satu proses telur akan disenyawakan di luar rahim, iaitu di dalam makmal. Istilah “in vitro” juga merujuk kepada bekas kaca yang digunakan untuk proses persenyawaan telur yang diambil daripada ovari dan sperma daripada lelaki.

Pada suatu masa dahulu, teknologi ini diberi gelaran “bayi tabung uji”. Proses berteknologi ini mula mencatat kejayaan pertama di dunia pada tahu 1978 dan telah dipraktikkan di Malaysia sehingga menghasilkan proses ivf berjaya dengan kelahiran ribuan bayi hingga kini.

rawatan kesuburan

2. Prosedur Rawatan IVF di Malaysia

Sepanjang pengalaman rawatan IVF, ovum dan sperma pasangan suami isteri akan terlebih dahulu dikeluarkan dan disenyawakan di luar. Pasangan suami isteri boleh menjangka akan meluangkan masa kira-kira setengah hari di klinik untuk prosedur pengeluaran telur dan persenyawaan.

Selepas dua atau tiga hari setelah embrio dibentuk, ia akan dimasukkan semual ke dalam rahim ibu semasa waktu subur. Jika berjaya, embrio akan berkembang dan melalui kaedah kehamilan seperti biasa.

Secara ringkasnya, satu kitaran IVF akan mengambil masa lebih kurang 4 minggu hingga 6 minggu. Untuk keberkesanan tips IVF, kini teknologi ICSI yang lebih canggih turut ditawarkan di mana ia lebih sesuai bagi lelaki yang tidak menghasilkan sperma yang berkualiti dalam bilangan yang banyak.

3. Di Mana Anda Boleh Dapatkan Rawatan IVF di Malaysia?

Menurut doktor pakar kesuburan di Malaysia, terdapat lebih kurang 45 premis yang mengendalikan perkhidmatan IVF dengan harga IVF di Malaysia yang berlainan berdasarkan sesebuah pusat rawatan ini tersendiri.

Dari jumlah tersebut, 34 pusat rawatan kesuburan di Malaysia berada di sektor swasta dan bakinya adalah hospital kerajaan. Selain itu, rawatan IVF juga boleh didapatkan di klinik dan hospital universiti seperti HUSM atau HUKM.

4. Peratusan kejayaan Rawatan IVF

Peratus kejayaan IVF amat bergantung kepada beberapa faktor seperti usia wanita, jenis masalah kesuburan, atau pusat rawatan IVF dilakukan. Berdasarkan kajian oleh doktor pakar, seorang wanita muda dalam usia 30-an mempunyai peratusan kejayaan IVF menghampiri 50%. Manakala, untuk wanita berusia 40-an ke atas, peratusan kejayaan mungkin hanya 10% sahaja.

Walaubagaimanapun, pusat rawatan kesuburan di Malaysia juga mencadangkan beberapa cara untuk meningkatkan keberkesanan rawatan IVF ini antaranya:

ivf malaysia

5. Adakah Rawatan IVF Berbahaya?

Untuk anda yang masih ragu-ragu apa itu IVF dan adakah ia boleh mendatangkan risiko terhadap nyawa, rawatan ini telah berjaya membuktikan ia adalah selamat untuk para bakal ibu serta bayi tersebut.

Bayi-bayi yang akan dilahirkan melalui kaedah IVF atau IUI tidak akan menghadapi apa-apa masalah kesihatan kerana hanya sperma dan ovum sahaja disenyawakan di luar. Tetapi proses pembesaran ini akan berjalan seperti biasa di dalam rahim ibunya.

Namun, hal ini juga tidak boleh disangkal mungkin terdapat sedikit komplikasi bagi wanita yang menjalani rawatan tersebut. Di samping itu juga, rawatan IVF ini juga dapat meningkatkan potensi untuk kehamilan kembar atau kehamilan di luar rahim. Namun, anda tidak harus risau kerana anda akan dipantau rapi oleh doktor pakar anda.

© All Right Reserved. Gavial Holdings